Latihan

Latihan 1


Pilih Jawapan yang betul:
 1          “______ mahu semua rakyat datang memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia,” titah Sultan Shah.
       A Kita            C Beta
       B Patik           D Hamba

 2    Bapa makan dua ________ bebola ikan semasa makan tengah hari.
        A. laras                     C. hiris
        B. gugus                    D. cucuk
3    Pak Hamad mengandar se______ pisang dari kebunnya.
        A tandan                   C bungku
        B tongkol                   D biji


4    Pekerjaan Abu adalah _______ kereta kerana dia mempunyai sebuah bengkel  
      kereta.
       A membaiki               C membeli
       B menghampiri          D menjual

5     Pemuda itu telah _______ diri setelah menyedari kesilapan yang dilakukan.
        A menghilangkan       C menemukan
        B menyorokkan         D membacakan


6     Kakak ______ menguruskan kerja rumah sejak di bangku sekolah rendah lagi.
         A cekap                 C hebat
         B laju                     D cepat

7     Encik Azri memang ________ dalam seni lukisan.
        A teguh                   C bodah
        B dungu                   D mahir


8     Gasing itu berpusing ________ di atas tanah.
        A kencang                C pantas
        B kuat                      D ligat


9     Manusia _______ melalui hidung manakala ikan melalui insang.
        A. bernafasan           C. bernafas
        B. menghisap            D. memakan 

10   Adik Roslan ________ tidur di dalam buaian semasa saya tiba di rumahnya.
        A. masih                              C. mesti
        B. harus                             D. akan


11    Murid-murid ________ bermain di padang jika dibenarkan oleh Guru Besar.
         A. masih                     C. boleh
         B. akan                      D. pernah

12   Dia terpaksa memegang bukunya _____ beg sekolahnya telah koyak.
  A supaya         C jika
  B kerana         D untuk

13   Kakak memotong sayur di dapur ____menyanyi.
             A sambil                  C apabila
             B seraya                  D sementara

14   _______ murid sahaja yang dikehendaki pergi ke dewan pada waktu rehat.
 A. Semua                  C. Segelintir
 B. Seribu                  D. Para

15   _________ orang anak Encik Samy telah berjaya melanjutkan pelajaran ke 
       Universiti Malaya.
      A. Setengah              C. Seribu
      B. Keempat-empat     D. Para

16   “ _______ bersihkan papan hitam,” kata Cikgu Wong kepada Heng Soon.
      A Tolong                   C Harap
      B Sila                       D Jemput

17   Nenek kelihatan ______ setelah menjalani rawatan di hospital selama seminggu.
      A sihat                     C kuat
      B lemah                     D baik

18   Jalan raya untuk ke Kampung Sentosa _______ sahaja.
      A pendek                  C panjang
      B lurus                      D singkat


19   Encik Halim merupakan _________ tunggal harta Datuk Alif.
      A pemilik                  C peminat
      B pelawat                  D pewaris

20  Pak Cik Johari telah dianugerahi ______ Jaya Peringkat Kebangsaan kerana
       menghasilkan lembu tenusu jenis terbaik.
      A peladang                C pemandu
      B pencipta                D pembeli

21   Kami sekeluarga pergi ke Cameron Highlands untuk __________.
      A. ambil angin           C. makan angin
      B. sedut angin           D. telan angin

Soalan 22 dan 23
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris
22   Para nelayan tidak berani le laut kerana ombak ganas.
       A tenang                  C laut
       B gelombang             D air

23   Chew Chee menjulang piala yang dimenangi dalam pertandingan renang.
       A mengangkat          C menjujung 
       B membawa              D membimbit

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris
24  Encik Murad terpaksa menjual tanah pusaka itu untuk membiayai pelajaran anaknya.
 A. membeli                C. mengambil
 B. memajak               D. menggadai



Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi
25  Ali mencuri buah mempelam pak Ahmad.
A.   Pak Ahmad mencuri buah mempelam Ali.
B.    Buah mempelam Pak Ahmad telah dicuri oleh Ali.
C.    Ali dimarah oleh Pak Ahmad kerana mencuri buah mempelamnya.
D.   Pak Ahmad menuduh Ali mencuri buah mempelamnya.

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan
26  Seikat sayur sawi dijual dengan harga RM2.00.
      A Apakah harga seikat sayar sawi?
      B Berapakah harga seikat sayur sawi?
      C Mengapakah seikat sayur sawi dijual RM2.00?
      D Bilakah sayur sawi dijual di pasar?

Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.
27   Siapakah yang merasmikan bangunan baru sekolah itu?
       A Yang Berhormat Datuk Rosli yang merasmikan bangunan baru sekolah itu.
       B Bangunan yang baru dibina itu ialah perpustakaan dan makmal komputer.
       C Pembinaan bangunan itu mengambil masa selama dua tahun.
       D Bangunan baru sekolah itu akan dirasmikan pada minggu ini.

Pilih ayat yang betul

28    A petani-petani menuai padi yang sedang menguning
           untuk dihantar ke kilang.
        B petani-petani membajak padi yang sedang menguning
            untuk dihantar ke kilang.
 C petani-petani menebas padi yang
           sedang menguning untuk dihantar ke
           kilang.
        D petani-petani mencantas padi yang
           sedang menguning untuk dihantar ke
           kilang.

Pilih ayat yang betul
29  A Beberapa ekor burung murai
          berdesir di atas dahan pokok di
          belakang rumah saya.
      B Beberapa ekor burung murai
          berkicau di atas dahan pokok di
          belakang rumah saya.
      C Beberapa ekor burung murai
          Berkokok di atas dahan pokok di
          belakang rumah saya.
      D Beberapa ekor burung murai
          bersiul di atas dahan pokok di
          belakang rumah saya.


Pilih ayat yang betul
30   A Zainal dan Zaini membaca buku
          sementara menunggu bas.
       B Aina menutup lampu jika masuk ke
          dalam biliknya.
       C Kakak menyapu sampah untuk
           menyanyi.
       D Ayah bekerja  dari pagi sejak ke
           petang
 
 
Latihan 2
 
 
Pilih jawapan yang betul:
 


1.   Harimau________secara senyap apabila hendak menerkam mangsanya.

      A. bergerak                   C. gerakan
              B. bergerakan               D. mengerak

 

2.   Binatang _______ melalui hidung manakala ikan melalui insang.

        A. bernafasan                C. bernafas

        B. menghisap                D. memakan

 

3.   ________ itu dibuat setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

        A. Pelantik                     C. pelantikan

        B. pelantikkan              D. perlantikan

 

4.   Sukaneka itu akan ________oleh Guru Besar.

        A. dirasmikan               C. perasmi

        B. merasmikan             D. perasmian

 

5.   Berbagai-bagai jenis racun_______ telah digunakan untuk menghapuskan serangga di kebunnya.

        A. perosak                     C. serangga

        B. lalang                        D. haiwan

 

6.   Khemah itu dibawa oleh ahli pengakap _______ didirikan di tepi sungai.

        A. tetapi                        C. supaya

        B. kerana                       D. dan

 

7.   _______ murid sahaja yang dikehendaki pergi ke dewan pada waktu rehat.

        A. Semua                       C. Sebahagian

        B. Seribu                        D. Para

 

8.   _________ orang anak Encik Samy bekerja di Kuala Lumpur.

        A. Setengah                   C. Seribu

        B. Kedua-dua                 D. Para

 

9.   Emak membeli dua _______ baju di pasar malam.

        A. batang                       C. kaki

        B. helai                           D. buah

 

 10.  Bapa makan dua ________ sate semasa makan malam.
        A. laras                           C. hiris

        B. gugus                         D. cucuk

 

11.  Dua _______ tanah kepunyaan Pak Abu telah dibeli oleh kerajaan untuk didirikan sebuah masjid.

        A. bidang                       C. hiris

        B. bungkus                    D. buah

 

12.  Murid-murid ________ berehat di kawasan ini pada waktu rehat.

        A. masih                        C. boleh

        B. akan                           D. pernah

 

13.  Adik Boon Hong ________ tidur di dalam bilik semasa saya tiba di rumahnya.

        A. masih                        C. mesti

        B. harus                          D. akan

 

14.  Papan buruk itu telah dimakan oleh _________.

        A. anai-anai                   C. habuk-habuk

        B. semut-semut            D. ulat-ulat

 

15.  Kita digalakkan _______ kepada orang miskin.

        A. bersedekah               C. kedekut

        B. mencaci                     D. mengejek

 

16.  Petani itu sedang _________ tanah di kebun sayurnya.

        A. mencantas                C. menyiang

        B. menggembur            D. menggerudi

 

17.  Rasa air kopi itu agak ________ kerana tidak diletak gula.

        A. pahit                          C. manis

        B. masin                         D. masam

 

18.  Kami sekeluarga pergi ke Pulau Langkawi untuk __________.

        A. ambil angin              C. makan angin

        B. sedut angin               D. telan angin
 
19.  Murid-murid hendaklah _________ apabila guru mengajar.

       A. berat telinga        C. buka telinga
        B. tahi telinga            D. pasang telinga 
 20.  Azwan mencari makna perkataan itu di dalam __________.
         A. Si Comot                   C. Kedah
         B. Cikgu Ali                   D. Kamus Dewan
  Soalan 21 dan 22
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
 21.  Murid-murid diarah oleh guru besar berkumpul di padang sekolah.
        A. berhimpun                C. bersurai
         B. berselerak                 D. beratur
 22.  Kam Seng menziarahi neneknya di kampung.
         A. pergi                          C. melihat
         B. melawat                     D. menonton
  Soalan 23 dan 24
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
 23.  Encik Murad terpaksa menyimpan alat tulisnya di dalam laci kerana tidak dapat cari kotak penselnya.
          A. mengambil               C. membeli
          B. memajak                   D. menggadai
 24.  Kedai yang baru dibukanya itu mengalami kerugian .
         A. kelebihan                  C. kekurangan
         B. keuntungan               D. kemerosotan
Soalan 25 dan 26
 Pilih ayat yang sama maksud dari ayat yang bergaris.
 25.  Ali mencuri buah mempelam pak Ahmad.
A.    Pak Ahmad mencuri buah mempelam Ali.
         B.     Buah mempelam Pak Ahmad telah dicuri oleh Ali.
         C.     Ali dimarah oleh Pak Ahmad kerana mencuri buah mempelamnya.
         D.    Pak Ahmad menuduh Ali mencuri buah mempelamnya.
 26.  Sunita menerima hadiah sebentuk cincin daripada ibunya.
A.    Ibu Sunita menghadiahi Sunita sebentuk cincin.
         B.     Sebentuk cincin menghadiahkan ibu Sunita kepadanya.
         C.     Sunita menghadiahi ibunya sebentuk cincin.
         D.    Ibu menerima hadiah sebentuk cincin daripada Sunita.
 Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan
 27.  Cikgu Tan memarahi Beng Choo kerana ponteng sekolah.
A.    Siapakah Cikgu Tan?
         B.     Di manakah Beng Choo dimarahi?
         C.     Mengapakah Beng Choo dimarahi?
         D.    Mengapakah Cikgu Tan memarahi Beng Choo?
Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.
 28.  Apakah kegemaran Moi Kim?
A.    Bermain badminton ialah Moi Kim kegemaran.
          B.     Moi Kim gemar bermain badminton dan mambaca.
          C.     Moi Kim gemar bermain badminton dan suka membaca.
          D.    Moi Kim selalu bermain badminton dan membaca.
 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
 29.  I   Emak jatuh sakit pagi tadi.
         II  Sejak kecil lagi, kami telah jatuh miskin.
         III Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.
          IV Rupa gadis itu jatuh seperti puteri bulan.
A. I dan III sahaja       C. II, III dan IV sahaja
  B. I, II dan IV sahaja   D. semua ke atas
 Pilih ayat yang betul
 30.  A. Ikan-ikan itu dimasukkan pada balang.
          B. Protein boleh didapati dari telur dan ikan.
          C. Cis, sakitnya hatiku!
          D. Nasi yang dimasak oleh ibu telah hangit.


 


No comments:

Post a Comment